Tentang Kami
Selamat Datang Ke Klinik Zahra
Klinik Zahra ditubuhkan pada 2022 di Gemas dengan komitmen untuk menyediakan rawatan yang berintegriti, mesra dan mudah dicapai. Sokongan komuniti menjadi pendorong utama perkembangan kami.
Komitmen Kami
Pada 2024, kami membuka cawangan kedua di Gemencheh bagi memperluas akses kepada rawatan primer yang lebih cepat, selesa dan menyeluruh.
Komitmen kami kekal jelas untuk memberikan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan boleh dipercayai.
Tujuan Kami
- Menyediakan rawatan perubatan berkualiti pada harga yang berpatutan.
- Menjadi pusat kesihatan komuniti yang mesra, selamat dan dipercayai.
- Memberi fokus kepada pendidikan kesihatan supaya masyarakat lebih peka terhadap penjagaan diri.
- Memperkenalkan suasana klinik yang profesional tetapi tetap lembut, selesa dan menenangkan.
Visi Kami
- Terus berkembang sebagai rangkaian klinik kesihatan yang memberi impak positif kepada komuniti.
- Menambahbaik kemudahan, teknologi dan kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa.
- Menjadi pilihan utama keluarga bagi rawatan kesihatan harian.
- Melahirkan pasukan perubatan yang berdedikasi, penyayang dan komited terhadap misi membantu masyarakat.
Barisan Doktor yang bertauliah, berpengalaman dan prihatin



Ramai yang gembira selepas datang sekali, terus jadikan kami Klinik Pilihan!